Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Naib Canselor Jerman, Sigmar Gabriel percaya bahawa masjid yang dikelolakan oleh para mubaligh yang berpegang kepada fahaman ultrakonservatif Sunni yang dikenali sebagai Salafisme di negara tersebut perlu ditutup dan komunitinya pula harus dibubarkan.
"Masjid Salafi perlu diharamkan, komunitinya perlu dibubarkan dan para pendakwah mereka mesti diusir secepat mungkin," kata Gabriel ketika mengulas tentang kaitan di antara serangan di pasar Krismas di Berlin dengan pendakwah Salafi.
Katanya, beliau memilih sifat 'toleransi sifar' terhadap fahaman Salafi yang berkembang pesat di Jerman sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan sokongan dan bantuan rejim Arab Saudi.
Salafi sering dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, yang merupakan ideologi rasmi Arab Saudi. Ideologi itu dikenali umum dengan kecenderungan penganutnya untuk mengafirkan umat Islam yang tidak selari dengan pemikiran mereka.
Wahabisme juga merupakan ideologi kumpulan militan Takfiri Daesh yang menimbulkan kekacauan di beberapa negara Islam seperti Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan lain-lain lagi.
Kumpulan pengganas Takfir Daesh turut mengaku bertanggungjawab ke atas serangan pengganas pada tahun lalu di ibu negara Perancis dan baru-baru ini di Istanbul, Turki.
Dalam kejadian pada 16 Disember lalu, seorang warga Tunisia, Anis Amri merampas sebuah trak dan merempuh sebuah pusat beli belah Krismas yang sesak dengan para pengunjung berhampiran kota Berlin, sekaligus menyebabkan 12 orang terbunuh.
Suspek berusia 24 tahun itu kemudiannya dibunuh pada 23 Disember lalu dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak polis Itali berhampiran Milan.
8 Januari 2017 - 17:48
News ID: 803608
Naib Canselor Jerman, Sigmar Gabriel percaya bahawa masjid yang dikelolakan oleh para mubaligh yang berpegang kepada fahaman ultrakonservatif Sunni yang dikenali sebagai Salafisme di negara tersebut perlu ditutup dan komunitinya pula harus dibubarkan.